22 Jun 1937– 22 Mac 2004 - Dilahirkan di desa Al-Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon diIsrael). Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948.
Pemimpin Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, Sheikh Ahmed Yassin telah dibunuh oleh serangan udara Israel yang disifatkan sebagai yang paling kejam didalam sejarah kemanusiaanSheikh Ahmed Yassin adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.
Beliau
lumpuh semasa bersenam di pantai Gaza ketika berumur 16 tahun tetapi
mampu untuk menamatkan pengajian sekolah menengahnya dan bekerja sebagai
guru walaupun terdapat halangan akibat daripada keadaannya. Beliau
telah mempamerkan kebolehan berpidato dan disifatkan sebagai berkarisma
di Semenanjung tersebut.
Sheikh Ahmed Yassin mendirikan Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987.
Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin.
Pesawat pejuang Israel melepaskan beberapa butir peluru berpandu kearah beliau semasa pulang ke rumah dengan kerusi rodanya selepas solat Subuh. Beliau yang berumur 65 tahun ketika itu, telah dibawa ke hospital dalam bentuk cebisan yang bertaburan.
Ariel
Sharon, Perdana Menteri Israel yang sedang terlantar di atas katil
ketika ini, telah menaungi operasi dimana helikopter bersenjata Israel
menembak 3 peluru berpandu kearah beliau, yang membunuhnya dengan serta merta bersama 8 orang awam dan mencederakan 2 orang anaknya.
Pada
tahun 1987, beliau bersama beberapa orang pemimpin Islam bersetuju
untuk menubuhkan pertubuhan Islam untuk melawan penjajahan Israel di
Semenanjung tersebut, yang digelarkan sebagai Pergerakan Pejuang Islam
atau lebih dikenali dengan nama pendeknya sebagai Hamas.
Fungsi
Hamas, yang mengenalkan diri mereka sebagai sebahagian daripada
kumpulan Persaudaraan Islam, antaranya menyertai intifada Palestin pada
tahun yang sama dan Sheikh Ahmad Yassin sejak dari itu dikenali sebagai
pemimpin spiritual untuk Pergerakan itu.
Beliau
ditahan pada 18/5/1989 bersama beratus anggota Hamas yang lain dan
dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 15 tahun lagi
pada bulan Oktober 1991 dengan alasan mengarahkan untuk menculik dan
membunuh tentera Israel dan menubuhkan Hamas.
الفاتحــــــة
AL-FATEHAH BUAT BELIAU, pejuang yg tak kenal erti putus asa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar